Just some thought on the go

Memories are made of this.....

Monday, September 26, 2011

Ghairah dengan Gambar Kahwin


Aku sedang lepak-lepak sambil berbual-bual kosong dengan rakan-rakan ku di rumah salah seorang rakan yang baru saja mendirikan rumahtangga bila tiba-tiba saja seorang dari kami bertanyakan gambar-gambar kahwin beliau. Dengan bangganya beliau mengeluarkan dua album gambar yang besar dan beberapa album yang kecil. Kami pun membelek-belek album gambar tersebut sambil berborak-borak kosong dan ketawa melihat “posing-posing” yang hebat-hebat dalam gambar-gambar yang diambil oleh jurufoto yang professional. Melihatkan kualiti gambar yang menarik tersebut, aku pun bertanya tentang kos yang dibayar untuk jurufoto tersebut. Beliau agak keberatan untuk menyebut kos sebenar tapi sekadar berkata, “Boleh tahan lah”

“Cantik gambar-gambar ini. Pandai dia mengedit dan mengambil komposisi-komposisi yang menarik” kataku. Beliau hanya tersenyum.

Tiba-tiba salah seorang dari kami bertanya, “ Meriah ke majlis hari tu?” sebab dia tidak dapat hadir kerana bekerja di Pulau Pinang.

“Kenapa?”, rakan ku itu bertanya.

“Bukan apa. Aku tengok, tak ada satu pun gambar yang menunjukkan kemeriahan majlisv kau. Banyak sangat gambar close-up sampai tak nampak macam kenduri. Tetamu yang hadir tak nampak pun dalam gambar.”

“Ada, tapi bukan dalam album ni. Yang ni cuma yang official yang ambik. Yang lain tak print sebab dalam kamera sendiri-sendiri”, jawabnya.

Aku cuma melopong. Terfikir dalam hati, apa guna membayar mahal-mahal kalau dia cuma ambik gambar yang kat atas pelamin, kat meja makan dan gambar kat luar saja. Tetamu yang hadir tak dihiraukan. Apa yang nak ditunjuk kepada anak cucu nanti bila dia orang nak tengok gambar majlis kahwin kita?

Pasti ada tetamu yang datang dari jauh. Saudara mara yang jarang-jarang berjumpa. Sahabat handai yang setahun-sekali berjumpa. Sahabat ayah yang tak pernah kita kenal. Mereka semua sanggup meluangkan masa untuk memeriahkan suasana majlis perkahwinan kita, tapi langsung tak ada rekod tentang kehadiran mereka. Melihatkan aku terdiam, sahabat aku tadi pun hairan dan bertanya mengapa aku tiba-tiba diam. Aku luahkanlah apa yang tersirat dalam hati aku.

“Betul jugak yang ditanya oleh Zaid tadi”, kataku berhenti sejenak.

“Aku teringat tentang perkahwinan aku. Aku kawin waktu usia muda. Akad kat pejabat kadi saja. Tambahan pula kawin kat luar dari hometown. Lagi tak ada yang hadir kecuali mak bapa aku dan saksi-saksi. Masa tu mana ada telepon berkamera. Digital kamera patah lagi. Yang ada hanya kamera filem yang lama tu. Langsung aku tak ada ambik gambar kahwin yang sebenar. Kadang-kadang sukar juga bila anak-anak tanya sebab yang ada hanya memori masa itu. Gambar satu pun tak ada” , aku jelaskan secara terperinci. Semua mula memandang muka aku.

“Pernah aku bagitau kat kawan aku dulu, bila dia nak kawin, aku ingatkan kan dia untuk assign seseorang untuk mengambil gambar tetamu yang hadir sebab tak nak majlis dia macam waktu aku kawin dulu, dan dia ikut nasihat aku. Lepas tu dia berterima kasih kat aku sebab ingatkan dia bahagian itu. Kalau tak, dia kata, macam kawin atas pelamin saja tanpa tetamu.”

Tapi itulah yang selalu berlaku. Pengantin sibuk melakukan tugas rasmi sebagai “Raja Sehari” pada hari itu dan sudah pasti tiada masa nak “check-out” siapa yang hadir pada hari itu. Official Photographer pulak tak nak lari dari pengantin sebab nak rakam gambar-gambar at the moment. Tepung tawar sudah pasti ada dalam gambar. Yang tak menepung tawar pulak bagaimana? Yang duduk meja hujung pulak bagaimana?  Datuk-nenek yang tak dapat bergerak dari kerusi pula bagaimana? Siapa yang nak rakam gambar mereka? Para pemangku kerja? Para wakil? Bekas-bekas kekasih yang curi-curi datang pula siapa yang perasan? Kesian jugak kat mereka bila dah lepas kita kawin nanti, langsung kita tak ingat yang mereka telah membantu kita dalam urusan majlis. Mungkin setahun dua bolehlah kita ingat. Macam mana lepas 10 tahun, 15 tahun, 30 tahun? Masihkah kita ingat? Anak-anak kita pun tak tahu siapa yang hadir, siapa yang membantu kita waktu kenduri kawin kita. Kalau ada gambar kan cantik.

Perlukah yang professional? Rasanya tak perlulah. Sekadar nak ambik gambar bapa kita berjabat tangan dengan sahabat lamanya, anak aku umur 4 tahun pun dah boleh shoot. Tapi kalau nak yang lebih mudah janganlah suruh ahli keluarga sebab kalau nak suruh ahli keluarga, nanti susah pulak dia nak uruskan benda-benda lain. Upah je sorang freelance untuk ambik gambar-gambar sebegini. Setakat RM50-RM100 (termasuk printing) tu apalah sangat. Mintalah kawan-kawan yang ada kamera tu untuk uruskan. Pasti mereka gembira untuk membantu sebagai hadiah perkahwinan kita.

Selalunya kita akan fikir, apalah penting sangat gambar tu. Apatah lagi nak print kan. Bayangkan ini, nenek kita dari kampong datang melawat, nak tengok gambar kawin kita, takkanlah nak suruh dia bukak komputer ke, internet ke, Ipad ke sekadar nak tengok gambar kan? Lebih baik kalau ada album gambar, tapi kalau album gambar macam yang sahabat aku di atas yang punya, setiap page muka pengantin saja, baik tak payahlah. Kita nak tengok gambar keseluruhan majlis. Lebih terasa dekat dan terasa berada dalam majlis tersebut.

Jadi saudara-saudari sekalian, yang baru nak kawin tu, janganlah asyik sangat dengan gambar-gambar kawin yang macam supermodel atau iklan majalah tu. Ingat-ingatlah dengan tetamu yang memeriahkan majlis kita. Tunjukkan rasa bangga kita dengan kehadiran mereka. Pasti kan kehadiran mereka dirakam oleh lensa kamera anda dan jangan lupa untuk printkan. Manalah tahu satu hari nanti Flickr, Picasa atau Facebook jatuh muflis ataupun “crash”, hilang pulak gambar-gambar cantik anda.

Sekadar berkongsi pendapat. Adios.

Sunday, September 4, 2011

UNDERSTAND IT


Don't care if you have a boyfriend or girlfriend right now.



I don't care if you are a guy or a woman

Just read this, it will make a difference.

If only everyone could see this and understand it.


When she stares at your mouth
Kiss her

When she pushes you or hits you like a dummy cause she thinks shes stronger than you
Grab her and don't let go

When she starts cursing at you trying to act all tough
Kiss her and tell her you love her

When she's quiet
Ask her whats wrong

When she ignores you
Give her your attention

When she pulls away
Pull her back

When you see her at her worst
Tell her she's beautiful

When you see her start crying
Just hold her and don't say a word

When you see her walking
Sneak up and hug her waist from behind

When she's scared
Protect her

When she steals your favorite hoodie
Let her keep it and sleep with it for a night

When she teases you
Tease her back and make her laugh

When she doesn't answer for a long time
reassure her that everything is okay

When she looks at you with doubt
Back yourself up

When she says that she loves you
she really does more than you can understand

When she grabs at your hands
Hold her's and play with her fingers

When she bumps into you;
bump into her back and make her laugh

When she tells you a secret
keep it safe and untold

When she looks at you in your eyes
dont look away until she does

When she says it's over
she still wants you to be hers

When she reposts this bulletin
she wants you to read it

- Stay on the phone with her even if she's not saying anything

- When she's mad hug her tight and don't let go

- When she says she's ok don't believe it, talk with her because 10 yrs later she'll remember you

- Call her at 12:00am on her birthday to tell her you love her

-Treat her like she's all that matters to you

- Stay up all night with her when she's sick

- Watch her favorite movie with her or her favorite show even if you think it's stupid

- Give her the world.

- Let her wear your clothes

-When she's bored and sad, hang out with her

-Let her know she's important.

- Don't talk about other girls around her

- Kiss her in the pouring rain

- When she runs up to you crying, the first thing you say is:
"Whose ass am i kicking baby?"

Saturday, August 27, 2011

Qiamullail : amal ibadat di tengah malam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ....

Panduan-panduan atau perkara-perkara yg biasa dipratikkan oleh ulama' dalam mengerjakan ibadah qiamullail dan tatacara yang berkaitan dengan ibadah tersebut.

MUQADDIMAH QIAMULLAIL

Qiamullail merupakan amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat Taubat,Tahajjud, Witir dan lain2, serta amalan2 seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah qiamullail sangat digalakan didalam Islam sebagaimana maksud ayat yang ke-79 surah Al-isra'

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".

Kelebihannya.

Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)" .(Adz-Dzaariyaat15-18)

Allah SWT. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang yang tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah hamba-hambaNya yang "Abrar"- orang-orang yang bernakti dengan mengerjakan taat dan amal kebajikan. Orang-orang Abrar ini tempatnya di dalam Syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat. Firman Allah Taala :

" Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,(al-Furqaan:63-64)

Orang-orang yang melalui malam hari dengan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang solat tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah Taala.

Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

" Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.(As-sajdah:15-16)

Itulah sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan Qiamullail-beribadat di tengah malam. Manakala di dalam hadis Rasulullah SAW. pula di antaranya ialah sebagaimana berikut :

Berkata Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. ke Madinah, berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda, dan aku adalah serorang dari mereka yang mengunjunginya, maka manakal aku memerhatikan mukanya dan aku telah mengenalnya, mengetahuilah aku bahawa wajahnya bukanlah wajah manusia jenis pendusta . Kata Abdullah selanjutnya : Apa yang mula-mula sekali aku dengar percakapannya ialah sabdanya;

"Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat".(Hadis Riwayat Tirmizi)

Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda Maksudnya :

"Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata :

"Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia".

Waktu Qiamullail

Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.

Bagaimanapun , berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdhal dilewatkan sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

Diantara hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau anada berminat menjadi seorang dari orang-orang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut , maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi)

Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". (Al-Bukhari)

Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

Bilangan rakaatnya

Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus, dan tidak pula ada had sempadan jumlahnya yang tertentu. Oleh itu, maka boleh berhasil maksud Qiamullai pada minimumnya, yakni pada jumlah yang paling tidaknya, dengan mengerjakan hanya satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang Fardhu Isyak.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda :

"Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani)

Bagaimanapun , yang terlebih afdhalnya ialah selalu mengerjakan sebelas rakaat, iaitu boleh dibuat pilihan samada hendak dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus menerus sekaligus atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeket-deket beberapa rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi.

Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang) lebih samada pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya- daripada sebelas rakaat. (Mula-mulanya) baginda sembahyang empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakat sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Itu pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang itu. Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata Aisyah), aku bertanya : Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba tidur sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ? Jawab Rasulullah : Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur !(Bukhari dan Muslim)

Tahajjud, Sunat Muakkadah

Tahajjud ialah nama bagi sembahyang-sembahyang sunat tambahan (nawafil) yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah Malam. Segala sembahyang yang dikerjakan sebagai kumpulan witir itu adalah tahajjud.

Mengerjakan tahajjud di tengah malam hukumnya adalah sunat muakkadah, yakni sunat yang sangat-sangat digalakkan supaya dikerjakan. Dikatakan yang terutama sekali diantara sembahyang-sembahyang itu, selain daripada sembahyang Fardhu, ialah sembahyang di tengah malam.

Ini dinyatakan didalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Muslim rh : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang Malam".


Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam, kalau suatu kali ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau lainnya, maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud.

Ini bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada Aisyah RA yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat.

Berniat Ketika Hendak Tidur

Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail.

Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)

Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara yang baik supaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya.

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)

Sayugia diingatkan mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah merupakan satu kemestian atau kewajiban, dengan keterlaluan sangat, sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada siang hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah buatlah sekadar minat dan termampu jua, tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya kecuali dalam kecemasan atau jika ada apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan.

Berkata Anas RA : Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang tiang di situ. Lalu baginda bertanya : Tali apa ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila beliau malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda pula :

" Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu bersembahyang sekadar cergasnya jua. Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur !" (Muttafaq 'Alaih)

mereka bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang berkekalan walaupun sedikit". (Bukhari dan Muslim).


www.al-azim.com

Zakat Fitrah

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.

Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah

  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

[sunting]Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

[sunting]Niat Zakat Fitrah

Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.


Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umatIslam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. DiMalaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Wednesday, June 1, 2011

Welcome back

It's been a while I didn't post anything in this blog. One word....BUSY, and also BUSY. Biasalah alasan tok. Semua orang sibuk. Even yang dah pencen pun also use alasan. Whatever it is, I'll try to spend sometimes online, Facebook particularly as I'm not sure how to use Twitter (can't even remember that I have Twitter account).

Anyway, as today is 1st Of June, I wish all my Dayak friends Selamat Menyambut Hari Gawai. Asal Gawai jak, mesti ada pesanan tok, "Minum Jangan Sampai Mabok".... and I don't know why. This is a festival or a celebration selepas menuai. Time to enjoy after working tirelessly the whole year. No hal lah mun minum sampei mabok, cuma don't drive or ride. Accident kelak. It's your race celebration. Enjoy yourself. Right?

Having a privilege being invited to few houses for "Ngabang" or visiting. Thanks my friend for the invitation. This year, it's the first time I visit my old friend at Kampong Opar, Bau. If I'm not mistaken, 15 years we didn't contact each other. He still the same guy before. Only age is catching us up, but the way he talk, making jokes, flashing back the old memories, remains unchanged. Thanks to my wife for finding me the contact number. Thought he is no longer in Kuching. Spend hours at his house talking about past and present.

Anyway, love to be back in this blog site. Will try to spend time whenever I can, sharing photos, story or thought here. Adios