Just some thought on the go

Memories are made of this.....

Monday, April 18, 2022

It is me again, mumbling

Pernah terfikir, what do you want in life? Apa matlamat hidup? Apa yang ingin kita capai? Dalam erti kata lain, what is your goal? Dulu, memang aku pernah atau selalu memikirkan benda ini. How will my future look like? Will I be happy? Will I be wealthier? Will I be successful? Trust me. Aku dah cuba banyak. Aku tidak memikirkan sejauh 10, 20 tahun akan datang tapi aku cuba untuk memendekkan sasaran hidupku.

 Contohnya, by the time I am 30, aku mesti memiliki sebuah rumah or memiliki sebuah kereta. By the time I am 35, I am financially free and have time to save for Umrah by the time I am 40. Alhamdulillah, mungkin tersasar 2 atau 3 tahun tapi cara pemikiran begini boleh mengurangkan tekanan or stress di jiwa. 

Aku rasa lebih tenang, fokus dan bebas. Ianya umpama memandu jarak jauh. It is not the destination counts but the journey itself. Selalu bersedia untuk sedikit detour or delay. Mungkin akan ada kerosakan kenderaan, halangan diperjalanan or mungkin untuk stop by for some sightseeing.

Short target in life. Tidak terlalu ambitious orang kata. Alhamdulillah. Aku rasa lebih tenang sebegini. Pernah berlaku sesuatu yang amat memberatkan hati, jiwa dan perasaanku suatu ketika dulu. I tried to forget it. Lupuskan terus dari dalam hati, pemikiran dan kalau boleh, terus beranggapan ianya tak pernah berlaku. Namun, setiap kali aku cuba menghilangkannya dari pemikiran ku, ia pasti akan menjelma kembali. Aku tahu, hanya satu cara yang boleh membantu aku hidup dengan perasaan ini, iaitu cuba untuk menerima hakikat nya. Tapi, aku tetap mencari pelbagai alasan untuk tidak melakukan perkara tersebut. Aku tetap tak mahu menerima kegagalan ku itu.

I have a great opportunity to redeem it all the day I was given an opportunity by Allah to pray infront of the Kaabah door (Multazam) area. Tempat ini diriwayatkan sebagai tempat berdoa yang amat mustajab. Jarang doa disini tidak dimakbulkan Allah. Banyak juga doa² yang sempat aku pinta kepada Allah dan yang menakjubkan, boleh dikatakan hampir 95% doa ku telah dimakbulkan Allah. Ada teman yang memesan doakan dia mendapat jodoh, in less than a year, she found her soulmate. Doa utk kejayaan anak², alhamdulillah, dimakbulkan juga. 
Doa utk kemudahan melangsaikan hutang², alhamdulillah, 98% berjaya di langsaikan. Memang tempat ini sangat mustajab ataupun memang sudah ketentuan Allah. Wallahuaklam. 

Like I said, segalanya menjadi mudah bila kita letakkan sasaran yang singkat dan bukannya 10, 20 tahun akan datang. Walaupun aku masih ada tanggungjawab yang belum lagi selesai, tapi jiwa agak tenang dan fokus sekarang. Tidak seperti dulu, yang sentiasa berdebar-debar menempuh hari² yang tiba. Walaupun aku tidaklah sempurna dari segala serba serbi, agama, kewangan, kehidupan sosial, hubungan dengan ibubapa, namun aku pasti aku berada di tahap yang aku mahu berada sekarang. Hidup, mati, jodoh, pertemuan, perpisahan, susah, senang biarlah menjadi urusan Allah. Yang perlu aku fokus sekarang cumalah menjadi insan yang kekal taat perintah Allah. Yakin sepenuhnya terhadap qada dan qadar Allah. 
Just enjoy my life. Spend more time with your love ones. Worry less. Think less. Let it flows. Happy 49th birthday to me, the final step before becoming half century old. 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)"

Indahkan, ayat Allah. 

Adios.