Just some thought on the go

Memories are made of this.....

Thursday, January 12, 2023

Nukilan @ 3am

Tak tahulah kenapa. Tapi sejak seminggu ini, aku asyik terbangun seawal jam 3 pagi. Mungkin terlalu banyak yang aku fikirkan atau mungkin ada perkara yang berlaku yang menyebabkan aku asyik memikirkannya. Apa yang aku perasan, seminggu ini aku asyik memikirkan satu perkara. Should I come back? Come back for what? Apa perkara yang terlalu mengganggu fikiranku?

Seminggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis tandatangan perjanjian kolektif kesatuan pekerja. Usai saja majlis tersebut, seperti biasa, aku berjumpalah beberapa geng-geng lama untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini. Nak diceritakan, aku pernah menjadi ahli jawatankuasa kesatuan namun telah meletakkan jawatan atas sebab tanggungjawab peribadi yang agak sensitif. Dalam tahun 2018, aku berniat untuk mengerjakan umrah. Perancangan untuk mengerjakan umrah telah lama aku rancang. Malah sejak tahun 2016 lagi namun agak tertunda sebab faktor kewangan yang agak ketat.

Dalam tahun 2018 itulah, aku merasakan pandanganku agak jelas dan perjalanan untuk melakukan umrah lebih nyata dan aku telah menetapkan tarikh dan ketika yang sesuai untuk pergi. Cuti-cutiku telah dikumpul sejak 2016 lagi dan niat telah ku kotakan. Namun, dalam tahun itu jugalah, ketika dalam Bengkel Pengurusan kesatuan pada tahun tersebut, telah diusulkan untuk membuat satu aktiviti besar yang memerlukan banyak tenaga dan kerja pada tarikh yang sama perjalanan umrah ku. Aku agak serba salah kerana aku telah terlibat sejak dari hari pertama usul membuat aktiviti tersebut telah dirancang. Namun Allah maha perancang. Aku memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk kepadaku cara untuk menyelesaikan percanggahan jadual ku. Beberapa kali, ketika solat Tahajud, aku meminta untuk petunjuk. Akhirnya, aku nekad untuk meletakkan jawatan ku sebagai ahli jawatankuasa dengan niat agar ketua ku dan ahli-ahli yang lain dilepaskan dari masalah menjawab pertanyaan-pertanyaan kenapa aku tidak hadir ketika aktiviti tersebut berlangsung nanti sebab aku tahu, mereka sudah cukup tertekan dengan sikap pemimpin kesatuan. In other word, disclaimer. Namun, aku tetap membantu sehingga hari terakhir aku untuk menjayakan aktiviti tersebut. Alhamdullilah, segalanya berjalan dengan jayanya walau aku pasti, ada berlaku kekecohan sana dan sini seperti biasa.

Kini, setelah 5 tahun meninggalkan tanggungjawab didalam kesatuan, aku telah diundang kembali oleh pemimpin kesatuan. Malah, undangan tersebut telah berlaku beberapa minggu lebih awal ketika aku menerima panggilan telefon dari Nur Azalia seawal jam 7 pagi. Aku ingatkan dia nak ajak aku sarapan 😋 (macamlah ia akan berlaku). Namun tunda dulu keputusan sebab ada beberapa perkara yang aku perlu uruskan dulu sebelum memberi keputusan. Pada tahun 2020, di dalam perjalanan ke Lundu untuk mesyuarat delegasi, ketika menaiki feri, aku telah secara tidak berniat, telah berjanji dengan pemimpin kesatuan yang aku akan kembali dalam masa 3 tahun dalam perbualan kami. Biar aku selesaikan urusan keluargaku dulu. Urusan keluarga yang aku maksudkan adalah urusan pengajian anak-anakku.

Begini, kesatuan ada satu perjumpaan mingguan iaitu mesyuarat sekretariat pada setiap malam Selasa. Aku pula, setiap Isnin hingga Rabu, terpaksa menghantar anak-anakku untuk kelas-kelas pengajian mereka. Pertindihan jadual tersebut menyebabkan aku agak dilema untuk kembali kepada kesatuan. Bagiku, pengajian anak-anakku lebih utama. Maka, aku, tidaklah berjanji, tapi akan mempertimbangkan semula hasrat untuk kembali setelah 3 tahun. Dan kini, 3 tahun telah berlalu. Aku masih belum menjumpai formula menang-menang. Mungkin itulah yang menyebabkan aku tidak lena tidur sekarang. Secara otomatik, mataku akan tersedar pukul 3 pagi walaupun aku masuk tidur dalam pukul 12-1 pagi. Tahajud telah ku lakukan untuk meminta petunjuk. Beberapa tanda-tanda telah berlaku contohnya, pusat pengajian anak-anakku telah mengubah jadual mereka kepada setiap malam Rabu hingga Jumaat. Bermakna, malam Selasa aku bebas. Kerja-kerja di pejabat makin menekankan dengan sikap-sikap rakan sekerja yang tidak sekepala. Hasrat untuk naik pangkat telah lama aku kuburkan setelah pihak pengurusan nampaknya tidak berpihak kepada anak-anak tempatan apatah lagi anak bumiputra. Namun, aku tidak kecil hati. Aku tahu tahap akademik ku agak rendah dan pengalaman berkhidmat selama 29 tahun belum menjamin kebolehanku untuk mengurus. Aku tak kesah sangat malah aku tahu, Allah adala sebaik-baik perancang. Dia akan memberi apa yang aku perlukan bila tiba masa dan ketika yang sesuai. Dia tahu yang terbaik.

Kini, aku ada peluang untuk bergerak ke hadapan. Aku mungkin telah bersedia atau tidak. Aku mungkin boleh lakukannya atau tidak. Adakah jalan tersebut telah dibuka oleh Allah untukku? Adakah aku mampu? Aku agak selesa dengan hidupku kini. Tiada apa-apa kerisauan. Bangun subuh. Pergi bersenam. Pergi kerja. Balik kerja. Berehat. Tidur. Sungguh tenang dan bahagia. Sanggupkah aku melepaskan segala ketenangan ini demi masalah-masalah manusia yang lain? Mungkin Allah hendak memberiku pahala untuk aku berkhidmat membantu orang lain yang dalam kesusahan?

Mungkin, dengan niat yang ikhlas untuk membantu seperti mana ketika mula-mula dulu, aku akan mendapat kekuatan dan semangat semula. Insya-Allah.

Mungkin......... 

Adios
6.30am

Thursday, January 5, 2023

Welcome Twenty²Three by Supardi

Blogging...... I've been blogging for how long? I think for almost 15 years, maybe. Ever since I had my 1st digital camera, that is some Kodak brand that I won in bidding in Lelong.com website. At first, I only posted photos that I took, with an impression that, a picture speaks a thousand words. It's true, sometimes. Only when you took a very good photo. I remember my 1st digital photo posted online.
 
The photo of my son in his early years. I like the catchlight (the photographer's word describing the light reflection in the eyes). It makes the photo alive. These was the 1st photo I posted online, in Canon dedicated website if I not mistaken. I have lost my access to the site. There's another photo which I kept somewhere in the cloud, also a photo of my youngest son. That photo is the cause of me buying my 1st DSLR Canon 450D. The price was way above my payslip but my determination to own one DSLR makes me work harder to save more.

Then I started practising taking photos. I read a lot of photography magazines, journals, online photography site. I joined a lot of photography pages. Enrolled in paid photography courses. Everything and everywhere is photo, photo, photo. From microphotography to as big as the moon. 
(my early days on street photography) 

I still have my flickr account. Do check it out at https://flickr.com/photos/35031944@N05. I do occasionally updates the photos there. Some of my photos also have thousands of likes especially my travel photography which I upload at my Google Maps.
https://maps.app.goo.gl/F2DrR9RUEk6suJxr8.

Everywhere I travel, I love to take photos. Only nowadays, I am more to creating memories in my heart rather than in my eyes. Last time, a forgot to enjoy the views, the scenes, the places, the people and now I really missed it. That is why, I always put away my phone whenever I am on a trip. I want to feel the excitement, the serenity, the beauty of the place, people, culture. I may take 1 or 2 photos but for sure, that photo will tell a thousand stories.


I still love photography. My only problem now, my eyes can't focus sharply anymore. There's a small smudge inside my right eye lens just behind my pupil. Very small and almost unnoticeable but occasionally, it do hit the right angle and can cause dizziness, blurry and uncomfortable feeling. That is why, I seldom bring along my heavy DSLR gears around anymore. 


This year, I'm planning to look more seriously in my photography hobby. I might need a new camera preferably a mirrorless camera. At least, I don't need my right eye to peep into the viewfinder. Yes. I think this is what I want. And new laptop. 

Adios...... love you N A