Pada mulanya, ianya hanya satu perasaan kecewa yang amat teruk. Hati ku terasa bagai hancur berderai. Kekecewaan yang amat mendalam yang telah menyebabkan aku menjadi lemah, lumpuh dan hilang segala-gala pengharapan. Tidak pernah aku merasakan jiwa ku langsung tidak tenteram. Jiwa menjadi kosong. Fikiran buntu. Airmata telah kering. Senyuman ku hilang. Pandangan mata menjadi kuyu. Aku hilang pedoman. Setiap malam aku meratap kekecewaan ku itu dan akhirnya, ia timbul rasa benci yang amat sangat. Aku menjadi seorang yang pendiam. Aku menjadi perengus. Aku kurang bercerita. Segalanya ku pendamkan. Aku menjadi seorang yang tak peduli lagi. Segalanya ku biarkan saja.
Minat ku tinggalkan. Masa terluang ku dihabiskan dengan tidur. Aku jarang berada di khalayak ramai. Kecewaku menjadi marah. Marahku menjadi dendam. Dendam ku membuat aku menjadi benci. Benci kepada keadaan. Benci kepada diri. Benci kepada penyebabnya. Benci yang teramat sangat hinggakan berada di ruang yang sama dalam sesaat pun aku tak ingin langsung.
Akhirnya, kebencian ku ini menyebabkan aku tidak lagi peduli langsung kepada penyebabnya. Tidak ingin hati ini mengingati tentang dia. Malah, telah ku buangkan terus nama itu dalam hati dan jiwa ini. Kebencian yang aku tahu dan berharap tiada penghujungnya.
Itulah satu-satunya kepercayaan yang telah berubah menjadi perasaan benci yang teramat sangat. Hati yang telah hancur berderai walau diubati macam mana sekalipun, tetap mempunyai kesan-kesan serpihan retakannya dan aku tahu, hati ini yang telah dilukai tidak akan mahu diubati lagi. Aku lebih rela membenci selamanya. Aku lebih senang begini. Melupakan terus ianya pernah berlaku namun segalanya telah melencong perjalanan hidupku dan pasti akan menghantui masa depan ku. Memikirkan itu, bertambah-tambahlah perasaan benci ini.
Selamanya. Adios